Latar Belakang
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 22 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:
- Pengabaian
- Penderaan
- Eksploitasi
- Jaminan kanak-kanak mendapat haknya
Sebab:
- Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara.
- Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
- Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
- Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.
Prinsip-prinsip Konvensyen:
- Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
- Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
- Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
- Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen:
Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka.
Konvensyen Hak Kanak-Kanak telah:
- Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
- Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
- Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
- Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
- Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
- Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.
Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:
- Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
- Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
- Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (The Best Interest of The Child).
Hak Kanak-Kanak:
- Hak Kehidupan
- Hak Perlindungan
- Hak Perkembangan
- Hak Penyertaan
Hak Kanak-Kanak di Malaysia
- Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani:
- Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995.
- Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
- Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.
Perundangan Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia:
- Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468)
- Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
- Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952)
- Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002)
Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
- Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
- Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan
- Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan
- Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula
No comments:
Post a Comment