Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:
- Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
- Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.
Akta Pendidikan 1996
- merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
- bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan sita-sita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
- menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
- berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956.
- mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
Tujuan penggubalan:
- untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
Akta Pendidikan 1996 - Jabatan Pengajian Tinggi
No comments:
Post a Comment