Friday, 13 March 2015

KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN





Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan





Pembinaan Negara Bangsa (PNB)

  • proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.

Hasrat yang ingin dicapai:
  1. Rakyat yang ada jati dir dan imej Malaysia
  2. Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang global
  3. Sumber manusia yang berkualiti
  4. Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

Pengurusan Pendidikan
  1. Kepimpinan
  2. Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
  3. Landskap Maklumat

Transformasi Dalam Kurikulum
  • satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan.
  • memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.
  • dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran dan perubahan masa.

Sekolah Bestari
  • Ciri-cirinya:
    • murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran.
    • guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan dan kebolehan murid.
    • persekitaran sekolah kondusif.
    • penaksiran berterusan.
    • guru besar sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh tenaga pengajar yang berkaliber dan profesional.
    • ibu bapa dan komuniti sokong pendidikan bestari

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
  • piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • NKRA ke-3: Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti & Berkemampuan.
  • 4 sub-NKRA:
    • perluas dan mantapkan pendidikan prasekolah
    • tingkatkan kadar literasi dan numerasi
    • wujudkan sekolah berprestasi tinggi
    • iktiraf pengetua dan guru besar cemerlang






PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Pentaksiran

  • ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
  • dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan mengintepretasi.

Penilaian formatif:
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian sumatif:
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.

Tujuan:
  1. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  2. menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
  3. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  4. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  6. merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
  • satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  • sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
  • merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Tujuan:
  1. membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensiatau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  2. membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
  3. melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatakn keberkesanan pengajaran mereka.
  4. pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Jenis Penaksiran:
  • Penaksiran Pembelajaran
  • Penaksiran Prestasi
  • Penaksiran Berasaskan Portfolio
  • Panaksiran Kendiri
  • Penaksiran Berasaskan Komputer


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


Teknologi Dalam Pendidikan


Sejarah Teknologi Dalam Pendidikan



Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual Learning)

  • pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolejh atau universiti.
  • kawalan terhaap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran.
  • maklumat dan aktiviti pembelajarandimuatkan dalam portal pembelajaran.
  • pelajar perlu berdaftar.
  • persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
  • perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisisan sosial untuk tujuan pembelajaran.

Reka Bentuk Resos





PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)

  • dikenali sebagai Personal Learning Environment
  • pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
  • maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian
    • youtube, facebook, flickers, skype
  • interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial.
  • pelajar sendidri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya.
  • memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.


** Video di atas adalah pengenalan tentang PLE











Thursday, 12 March 2015

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

  • suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang  dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.
  • berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran dalam tempoh masa 1 hingga 2 minggu.
  • projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah).
  • ciri-ciri PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mata pelajaran, berpusat pelajar, berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasaskan prestasi).

Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek 
(Project Based Learning, PBL)


Langkah-langkah:
  • memberi tugasan
  • menganalisis masalah
  • meneroka masalah
  • membuat perkaitan
  • membuat refleksi



Peranan Guru:
  • membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
  • belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
  • menggunakan alat pengukuran informal untuk mentaksir pembelajaran pelajar.
  • mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran.


Pembelajaran Berasaskan Masalah

Objektif:
  • mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  • memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  • memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusiaan terhadap kemajuan profesionalisme.
  • menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kolaboratif.

Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Problem Based Learning, PBL)




Kelebihan:
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme:
  • rangsangan atau simulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar.
  • meningkatkan minat murid atau motivasi pelajar untuk belajar.
  • membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar.



Pembelajaran Elektronik (e-learning)
  • pembelajaran menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit.
  • boleh berlaku di mana-mana sahaja.





Ciri-ciri:
  • mengikut kadar kendiri pelajar
  • boleh dicapai oleh ramai pelajar
  • boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
  • memenuhi pelbagai gaya pembelajaran


Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
  • merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam pemyampaian pdp
  • 7 fungsi penting
    • pengumuman berdasarkan masa sebenar
    • teks
    • html
    • spread sheet
    • video
    • pautan luaran
    • buku gred
    • laman diskusi
    • kuiz automatik





Wednesday, 11 March 2015

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

















Konsep Inovasi

  • Ronger E Miller (1971) - idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
  • Spencer (1994) - sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.






























BURNOUT GURU



Teacher Burnout

  • pertama kali digunakan oleh ahli psikologi Freudenberger (Wood, 2000)
  • Burnout merujuk kepadakehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang bekerja dengannya (Maslach, 1976; Seidman & Zager, 1837, dlm Aeria, 1995)

Tanda-Tanda Burnout
  • setiap hari perasaan bagaikan kelesuan, menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
  • tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
  • prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.



Punca-Punca Burnout

















Perbezaan Antara Stres dan Burnout




























Langkah-Langkah Menangani Burnout















STRESS



Stres

  • Menurut Kamus Dewan (2007), stres ialah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
  • Merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Jenis-Jenis Stres























Punca-Punca Stres
- Memrut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)

  • Tekanan oleh ibu bapa pelajar
  • Beban tugas
  • Prospek kenaikan pangkat
  • Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil
  • Keinginan untuk mengajar
  • Infrastruktur dan lokasi sekolah

Tanda-Tanda Simpton Stres
  • masalah ingatan
  • kurang beri tumpuan
  • membuat penilaian tidak tepat
  • sakit sendi, cirit birit atau sembelit
  • sakit kepala, pening
  • makan lebih atau kurang
  • tidur lebih atau kurang
  • suka menyendiri

Bukti-Bukti Stres Guru Kian Ketara

















  • Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional (asertif).
  • Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.
  • Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
  • Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.
  • Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
  • Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.





HAK ASASI KANAK-KANAK


Latar Belakang

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 22 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:

  • Pengabaian
  • Penderaan
  • Eksploitasi
  • Jaminan kanak-kanak mendapat haknya

Sebab:
  • Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara.
  • Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
  • Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
  • Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.

Prinsip-prinsip Konvensyen:
  1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
  2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
  3. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
  4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.

Perlaksanaan Konvensyen:
Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka.

Konvensyen Hak Kanak-Kanak telah:
  • Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
  • Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
  • Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
  • Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
  • Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
  • Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:
  1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
  2. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
  3. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (The Best Interest of The Child).

Hak Kanak-Kanak:
  1. Hak Kehidupan
  2. Hak Perlindungan
  3. Hak Perkembangan
  4. Hak Penyertaan



Hak Kanak-Kanak di Malaysia
- Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani:
  1. Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995.
  2. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
  3. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Perundangan Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia:
  1. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468)
  2. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
  3. Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952)
  4. Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002)

Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
  1. Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
  2. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan
  3. Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan
  4. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula






GANGGUAN EMOSI



EMOSI

  • bermaksud perasaan jiwa yang kuat.

GANGGUAN EMOSI berlaku apabila seseorang:
  • mengalami emosi tertentu seperti depresi.
  • tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
  • sukar berhubung dengan orang lain.
  • mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.










AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.

Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:

  1. Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
  2. Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.

Akta Pendidikan 1996
  • merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
  • bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan sita-sita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
  • menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
  • berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956.
  • mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Tujuan penggubalan:
  • untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Akta Pendidikan 1996 - Jabatan Pengajian Tinggi


PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

Matlamat tatatertib:
  • supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.
  • supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri.
  • supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
  • menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:
  • Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus.
  • Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
  • Prosedur dan tindakan tatatertib.
  • Hukuman tatatertib.
  • Peruntukan pelbagai yang berkaitan.



Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
http://docs.jpa.gov.my/docs/pu/pua246.pdf

GEJALA SOSIAL









Tugas guru dalam menangani masalah ini:
  1. Guru sebagai pembimbing.
  2. Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah.
  3. Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah.
  4. Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah.














PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Faedah

  1. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
  2. Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
  3. Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi dalam penyelesaian masalah.

Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran. Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.

KEPELBAGAIAN BUDAYA



Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh anggotanya atau diwarisi secara turun-temurun.

Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

Langkah pembinaan negara bangsa:

  1. Penghayatan prinsip Rukun Negara.
  2. Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.
  3. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  4. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.

Impaknya:

  1. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
  2. Pendidkan negara terbuka kepada dunia luar.
  3. Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
  4. Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi swasta.
  5. Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.
  6. Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
  7. Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
  8. Pembudayaan teknologi.
  9. Penyediaan peluang pendidikan.
  10. Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.
  11. Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana negara.
  12. Transformasi kurikulum dalam pendidkan mengikut kehendak semasa.

TUGAS GURU:
  1. Latih pelajar untuk berdikari.
  2. Meningkatkan daya pelajar untuk berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.

KEKANGAN DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT
  • Sumber kewangan tidak mencukupi.
  • Kekangan dalam menghabiskan silibus.
  • Sikap negatif guru.
  • Kekurangan kemahiran.
  • Kekurangan prasarana dan bahan sokongan.
  • Jurang ICT dan digital



Guru yang celik IT, murid yang berminat belajar








Rencana dari Utusan online yang mengenai Guru dan Cabaran Semasa





TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)


PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN




TUMPUAN

  • guru terlatih yang mencukupi dan berkualiti
  • prasekolah untuk semua
  • basmi buta huruf
  • pendidikan universal
  • penyediaan infrastruktur

DASAR-DASAR PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
  1. Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.
  2. Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).
  3. Pendidkan selama 13 tahun.
  4. Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas. swasta dan sekolah agama.
  5. Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.
  6. Pendidikan sepanjang hayat.

CABARAN
  1. Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar.
  2. Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.
  3. Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK
  1. Perbezaan sosialisasi dan bahasa.
  2. Perbezaan kelas sosial.
  3. Perbezaan lokasi (bandar dan luar bandar).





INTEGRASI NASIONAL


- Proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar         belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang     mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama.
- Satu porses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang           kaum di Malaysia.

Sebab Pupuk Integrasi Nasional


  • akibat keretakan Integrasi Nasional
  • perbezaan agama dan budaya
  • ketidakpuasan hati
  • kedudukan geografi (perbezaan lokasi) 
  • perkasa bahasa kebangsaan
  • pemantapan aktiviti
  • pupuk kefahaman
  • Dasar Pelajaran Kebangsaan
Halangan 
  • perbezaan agama dan budaya
  • Dasar Penjajahan
  • Sistem Pendidikan
  • amalan ekonomi
  • perbezaan politik
Pemupukan Integrasi Nasional Melalui RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
  • kecemerlangan akademik
  • sukan dan permainan
  • ko-kurikulum
  • khidmat masyarakat
  • aktiviti berbentuk patriotik
Tindakan KPM Pupuk Integrasi Nasional
  • sekolah sebagai alat perpaduan
  • sistem persekolahan yang sama
  • penggunaan bahasa kebangsaan
  • pendekatan kepada nilai
  • seminar/forum

Sekolah Wawasan 
  • konsep ini diluluskan pada 1997 dengan menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan.
  • untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan pelajar.
  • penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan
  • murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.
Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional
  1. memperkasa bahasa kebangsaan.
  2. memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
  3. memupuk kecintaan terhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
Konsep 1 Malaysia

  • diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
  • membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.
  • 8 nilai terkandung: budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokasi, pendidikan dan integriti
  • mendasari prinsip-prinsip kebersamaan dan kekitaan










Apakah peranan guru dalam memupuk integrasi nasional?