Friday, 13 March 2015

KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN





Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan





Pembinaan Negara Bangsa (PNB)

  • proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.

Hasrat yang ingin dicapai:
  1. Rakyat yang ada jati dir dan imej Malaysia
  2. Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang global
  3. Sumber manusia yang berkualiti
  4. Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

Pengurusan Pendidikan
  1. Kepimpinan
  2. Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
  3. Landskap Maklumat

Transformasi Dalam Kurikulum
  • satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan.
  • memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.
  • dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran dan perubahan masa.

Sekolah Bestari
  • Ciri-cirinya:
    • murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran.
    • guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan dan kebolehan murid.
    • persekitaran sekolah kondusif.
    • penaksiran berterusan.
    • guru besar sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh tenaga pengajar yang berkaliber dan profesional.
    • ibu bapa dan komuniti sokong pendidikan bestari

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
  • piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • NKRA ke-3: Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti & Berkemampuan.
  • 4 sub-NKRA:
    • perluas dan mantapkan pendidikan prasekolah
    • tingkatkan kadar literasi dan numerasi
    • wujudkan sekolah berprestasi tinggi
    • iktiraf pengetua dan guru besar cemerlang






PENAKSIRAN PEMBELAJARAN

Pentaksiran

  • ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
  • dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan mengintepretasi.

Penilaian formatif:
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian sumatif:
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.

Tujuan:
  1. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  2. menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
  3. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  4. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  6. merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
  • satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  • sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
  • merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Tujuan:
  1. membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensiatau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  2. membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
  3. melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatakn keberkesanan pengajaran mereka.
  4. pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Jenis Penaksiran:
  • Penaksiran Pembelajaran
  • Penaksiran Prestasi
  • Penaksiran Berasaskan Portfolio
  • Panaksiran Kendiri
  • Penaksiran Berasaskan Komputer


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


Teknologi Dalam Pendidikan


Sejarah Teknologi Dalam Pendidikan



Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual Learning)

  • pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolejh atau universiti.
  • kawalan terhaap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran.
  • maklumat dan aktiviti pembelajarandimuatkan dalam portal pembelajaran.
  • pelajar perlu berdaftar.
  • persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
  • perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisisan sosial untuk tujuan pembelajaran.

Reka Bentuk Resos





PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)

  • dikenali sebagai Personal Learning Environment
  • pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
  • maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian
    • youtube, facebook, flickers, skype
  • interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial.
  • pelajar sendidri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya.
  • memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.


** Video di atas adalah pengenalan tentang PLE











Thursday, 12 March 2015

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

  • suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang  dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.
  • berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran dalam tempoh masa 1 hingga 2 minggu.
  • projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah).
  • ciri-ciri PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mata pelajaran, berpusat pelajar, berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasaskan prestasi).

Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek 
(Project Based Learning, PBL)


Langkah-langkah:
  • memberi tugasan
  • menganalisis masalah
  • meneroka masalah
  • membuat perkaitan
  • membuat refleksi



Peranan Guru:
  • membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
  • belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
  • menggunakan alat pengukuran informal untuk mentaksir pembelajaran pelajar.
  • mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran.


Pembelajaran Berasaskan Masalah

Objektif:
  • mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  • memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  • memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusiaan terhadap kemajuan profesionalisme.
  • menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kolaboratif.

Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Problem Based Learning, PBL)




Kelebihan:
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme:
  • rangsangan atau simulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar.
  • meningkatkan minat murid atau motivasi pelajar untuk belajar.
  • membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar.



Pembelajaran Elektronik (e-learning)
  • pembelajaran menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit.
  • boleh berlaku di mana-mana sahaja.





Ciri-ciri:
  • mengikut kadar kendiri pelajar
  • boleh dicapai oleh ramai pelajar
  • boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
  • memenuhi pelbagai gaya pembelajaran


Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
  • merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam pemyampaian pdp
  • 7 fungsi penting
    • pengumuman berdasarkan masa sebenar
    • teks
    • html
    • spread sheet
    • video
    • pautan luaran
    • buku gred
    • laman diskusi
    • kuiz automatik





Wednesday, 11 March 2015

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

















Konsep Inovasi

  • Ronger E Miller (1971) - idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
  • Spencer (1994) - sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.






























BURNOUT GURU



Teacher Burnout

  • pertama kali digunakan oleh ahli psikologi Freudenberger (Wood, 2000)
  • Burnout merujuk kepadakehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang bekerja dengannya (Maslach, 1976; Seidman & Zager, 1837, dlm Aeria, 1995)

Tanda-Tanda Burnout
  • setiap hari perasaan bagaikan kelesuan, menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
  • tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
  • prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.



Punca-Punca Burnout

















Perbezaan Antara Stres dan Burnout




























Langkah-Langkah Menangani Burnout